Program Stream Dan Pembelajaran Augmented Reality Serta Solidariti Palestin Bersama Tabika Kemas Jakoa Sayong Pinang Dan Tabika Kemas Felda Sg.Sibol
28 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniProgram STREAM dan Pembelajaran Secara Augmented Reality (AR) bersama Tabika Kemas JAKOA Sayong Pinang dan Tabika Kemas Felda Sg.Sibol ini telah berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan kehadiran 17 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Augmented Reality dalam pembelajaran pelajar berkaitan sistem solar agar lebih menarik.
Pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan telah dibekalkan Tab. Pihak PEDi telah memuat turun aplikasi Augmented Reality iaitu Solar System Scope dan Planets AR. Pelajar telah diterangkan dan membuat aktiviti bersama-sama mengenai sistem solar, planet, matahari dan bulan.
Para pelajar juga telah diajak melakukan aktiviti Solidariti Palestin bersama-sama staf PEDi Semanggar Dalam dengan melakukan aktiviti mewarna bendera Palestin. Sedikit penerangan ringkas turut diberi bagi kefahaman peserta.
Oleh itu, diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: